◉ HEADLINES

Erra Fazira kesal difitnah tahu punca penceraian Engku Emran dan Noor Nabila

Ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan nama Erra Fazira yang dikatakan tahu perangai sebenar Engku Emran sehingga menyebabkan dia sering kali bercerai

10:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Primadona filem negara yang juga bekas isteri pertama Engku Emran iaitu Erra Fazira kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengaitkan namanya dengan penceraian bekas suaminya bersama Noor Nabila.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 49,  di Insta Story, dia berkongsi tangkap layar sebuah laman media sosial tidak bertanggungjawab yang cuba menabur fitnah terhadapnya.

Erra Fazira kesal ada portal yang menabur fitnah dan melibatkan namanya dalam perceraian Engku Emran dan Noor Nabila. – Tangkap layar dari instastory, 26 September, 2023

Laman berkenaan mendedahkan bahawa Erra tahu perangai sebenar Emran sehingga menyebabkannya sering kali bercerai.

“Jangan macam ni, nak sensasi pun jangan buat fitnah. Saya tak pernah memberi sebarang komen sebegini! 

“Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan. Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” tulisnya. 

Terdahulu semalam Emran sah menceraikan Noor Nabila dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas dua tahun hidup bersama. – 26 September 2023

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

Be decisive, take action on president Karim, Malaysian Athletics told

Former leading sports figures warn of consequences, including sanctions on Malaysia

◉ Related