◉ HEADLINES

Erra Fazira terkilan tak dapat hantar arwah Majed Salleh ke negeri abadi 

Menurut Erra, arwah Majed seorang yang baik dan berpengetahuan luas dalam bidang pengarahan dan penulisan skrip

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Erra Fazira terkilan kerana tidak dapat menghantar jenazah Allahyarham Majed Salleh yang meninggal pagi semalam ke negeri abadi. 

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 49, dia tidak berkesempatan untuk berbuat demikian kerana terikat dengan komitmen kerja. 

“Maaf abang, Erra tak dapat bersama dengan keluarga dan teman-teman Gerak Khas untuk menghantar abang ke destinasi abadi kerana sedang bertugas. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu,” tulisnya di Instagram.

Tambah Erra lagi, sepanjang mengenali Majed, arwah seorang pengarah yang baik dan berpengetahuan luas dalam bidang diceburinya.

“Abang Majed yang saya kenali seorang yang baik dan luas pengetahuan. Pengarah yang sangat berdedikasi dan penulis skrip yang hebat.

“Setelah sekian lama berjuang melawan penyakit, akhirnya abang Majed telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi (semalam).

“Sedih sekali mendengar berita ini. Moga Allah tempatkan dikau di kalangan hambaNya yang beriman. Diampunkan segala dosa dan bersemadilah abang di taman syurga sehingga saat kita semua dipanggil kelak,” tulisnya. 

Semalam, Majed Salleh atau nama penuhnya Abdul Majed Abdul Salleh, 65, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.22 pagi di Hospital Selayang akibat masalah jantung. – 7 Oktober 2023

Topics

 

◉ Popular

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related