◉ HEADLINES

Padah sokong Israel, Kylie Jenner hilang 1 juta pengikut Instagram

Netizen di seluruh dunia memboikot usahawan kosmetik itu dengan berhenti mengikutinya di akaun Instagram

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik berpengaruh, Kylie Jenner menerima padah apabila kehilangan lebih satu juta pengikut di Instagram selepas menyatakan sokongan terhadap Israel.

Beberapa hari lalu, adik kepada Kim Kardashian itu menyatakan solidaritinya terhadap Israel melalui hantaran di InstaStory miliknya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut dipadamkan Kylie selepas beberapa ketika.

Sebelum ini Kylie mempunyai 400.1 juta pengikut di Instagram. Namun angka itu ketika ini berkurangan menjadi 399 juta.

Sebelum ini Kylie mempunyai 400.1 juta pengikut di Instagram. Namun angka itu ketika ini berkurangan menjadi 399 juta – Tangkapan layar media sosial, 10 Oktober, 2023

Nama Kylie menjadi bualan hangat di media sosial apabila rata-rata netizen di seluruh dunia mengecam dan ingin memboikot akaun media sosial serta perniagaannya.

Mereka juga berpendapat, Kylie sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi serta tidak mengetahui sejarah asal mengenai Palestin dan Israel.

Netizen juga mengkritiknya kerana tidak sensitif dengan rakannya iaitu supermodel terkenal, Bella Hadid yang berketurunan Palestin.

Selain Kylie, beberapa lagi selebriti terkenal Hollywood turut menyatakan sokongan mereka terhadap Israel termasuklah Jamie Lee Curtis, Madonna, Kris Jenner, Gal Gadot dan Natalie Portman. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related