◉ HEADLINES

‘Ia satu tindakan berniat jahat’, Aniq Suhair akan ambil tindakan saman selepas didakwa menghamilkan seorang wanita

‘Saya telah pun mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi nama baik saya dan keluarga, termasuklah tindakan saman’: Aniq Suhair

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon Aniq Suhair akhirnya bersuara berhubung dakwaan dia menghamilkan seorang wanita dan enggan bertanggungjawab seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram, Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, memaklumkan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut.

Dakwaan berkenaan, kata Aniq, adalah satu tindakan jahat bertujuan merosakkan reputasi dan nama baiknya.

“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini. Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.

“Saya telah pun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi nama baik saya dan keluarga termasuklah memulakan tindakan saman.

“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat komen lanjut kerana ia menjejaskan proses undang-undang. Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, seorang wanita menerusi akaun Tik Tok mendakwa dia telah dihamili oleh Aniq. Namun aktor itu dikatakan enggan bertanggungjawab sehingga memaksanya mendedahkan kebenaran di media sosial. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related