◉ HEADLINES

Fazley Yaakob nafi hubungan dengan Imran Ajmain bermasalah

Menurutnya, Imran pulang ke Singapura untuk bekerja di sana dan menjaga ibunya

3:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selebriti dan cef popular, Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan bahawa hubungannya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain bermasalah.

Gosip itu mula timbul apabila mereka tidak lagi dilihat bersama seperti dahulu.

Menurut Fazley, Imran yang pernah bekerja dengannya selama lapan tahun kini sudah kembali ke Singapura.

“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai pengarah kreatif di syarikat saya. Dan dia juga adalah anak angkat kepada ibu bapa saya. 

“Ibunya menetap sendirian di Singapura. Kebetulan Imran mendapat tawaran kerja sebagai pengarah di sebuah institusi muzik penting di sana. 

“Bila dia tanya saya dan isteri apa yang harus dibuat, saya beritahu padanya utamakan keluarga terlebih dahulu,” katanya kepada Scoop.

Fazley berkata, dia hanya menganggap Imran dipinjamkan seketika dan dia boleh kembali untuk bekerja dengannya sebaik urusan tersebut selesai.

Ditanya bagaimana dengan syarikatnya selepas ketiadaan Imran, katanya, dia bersyukur kerana pekerjanya dilatih dengan baik oleh Imran.

“Biarpun dia tiada di sini, tetapi khidmatnya tetap diperlukan secara maya jika ada masalah yang timbul. 

“Jadi dakwaan yang mengatakan saya ada masalah dengan Imran adalah tidak benar. Saya jarang ada masalah dengan orang,” katanya. – 8 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

PKR wants Aminuddin Harun retained as Negri MB: Anwar

PKR wants Datuk Seri Aminuddin Harun to be retained as Negri Sembilan Menteri Besar if the Pakatan Harapan-Barisan Nasional alliance wins the state elections next month.

Even without expressing sympathy for Najib, it is inappropriate to inflame the situation: Anwar

Anwar has called on all parties to respect the court’s decision concerning the addendum order issue and to refrain from inflaming the situation or escalating tensions

◉ Related