◉ HEADLINES

Bekas penyanyi kumpulan Inteam, Suhaimi Saad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Berita yang menyedihkan itu telah dikongsi kumpulan Inteam menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram mereka sebentar tadi

9:08 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan Inteam, Suhaimi Saad, 43, telah menghembuskan nafas yang terakhir di ICU Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, kira-kira jam 7.40 malam, sebentar tadi.

Berita yang menyedihkan itu telah dikongsi kumpulan Inteam menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram mereka sebentar tadi.

“Sahabat kami yang kami kasihi, Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi jam 7.40 malam.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulis Inteam di dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pula memaklumkan Suhaimi dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas disebabkan batuk kronik dan cirit-birit berpanjangan disahkan ada jangkitan paru-paru.

“Semalam bacaan oksigen beliau semakin merosot dan terus menurun hari ini,” kata Seniman dalam kenyataannya.

Difahamkan Suhaimi yang juga merupakan suami kepada Ina Naim telah dimasukkan ke ICU dan ditidurkan selepas keadaan semakin kurang baik.

Beberapa media tempatan melaporkan Suhaimi sudah seminggu ditahan di wad selepas dibawa bapa mentuanya.

Dia dikatakan mengalami muntah-muntah setiap kali makan sehingga susut berat badan. Berita mengenai Suhaimi itu mendapat perhatian netizen dengan rata-rata mendoakan dia kembali sihat.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata. – 15 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

Be decisive, take action on president Karim, Malaysian Athletics told

Former leading sports figures warn of consequences, including sanctions on Malaysia

◉ Related