◉ HEADLINES

Lantang bersuara isu Israel-Palestin, kontrak Kaka Azraff bersama Warner Music Malaysia bakal ditamatkan?

Kaka Azraff menjadi sasaran pro-Zionis di akaun Instagram selepas dia lantang bersuara mengenai isu Palestin dan mengecam pempengaruh yang menyokong keganasan Israel

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kontrak penyanyi Kaka Azraff bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia dikatakan bakal ditamatkan susulan kelantangannya bersuara mengena isu Palestin.

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila nama Kaka menjadi topik hangat di akaun Instagram pro-Zionis apabila mereka menyelarnya.

Ini selepas Kaka mengecam pempengaruh dan pelakon Australia yang menyokong Zionis, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu.

“Kerana Israel yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka adalah mangsa?

“Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel,” tulis Kaka kepada pempengaruh berkenaan dalam tangkap layar yang didedahkan oleh akaun tersebut.

Susulan itu, segala maklumat tentang Kaka terutamanya tentang kerjayanya sebagai seorang penyanyi di bawah naungan Warner Music Malaysia turut didedahkan.

Segala maklumat tentang Kaka terutamanya tentang kerjayanya sebagai seorang penyanyi di bawah naungan Warner Music Malaysia turut didedahkan oleh akaun Instagram pro-Zionis – Tangkapan layar Instagram, 2 Disember, 2023

Malah mereka menggesa supaya Warner Music memecat Kaka daripada menjadi artis naungan label berkenaan. 

Netizen pro-Zionis juga menggesa supaya Warner Music memecat Kaka daripada menjadi artis naungan syarikat rakaman berkenaan – Tangkapan layar Instagram , 2 Disember, 2023

Warner Music sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengutuk serangan Hamas terhadap Israel pada 13 Oktober lalu.

Menerusi ciapan netizen di aplikasi media sosial X, ada yang memberitahu bahawa kontrak Kaka telah ditamatkan oleh Warner Music Malaysia atas arahan Warner Music dari Amerika Syarikat.

Menerusi ciapan netizen di aplikasi media sosial X, ada yang memberitahu bahawa kontrak Kaka telah ditamatkan oleh Warner Music Malaysia atas arahan Warner Music dari Amerika Syarikat – Tangkapan layar X, 2 Disember, 2023

Scoop cuba menghubungi Kaka dan Warner Music Malaysia untuk mendapatkan penjelasan, namun gagal. – 2 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related