◉ HEADLINES

Jaclyn Victor enggan guna wang kemenangan RM200,000, mahu simpan untuk anak

Seperti tahun lalu, juara ASGV itu turut menyimpan wang kemenangan GV9 untuk dua anaknya

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jaclyn Victor mengakui dia tidak mahu menggunakan wang kemenangannya bernilai RM200,000 kerana duit itu akan disimpan untuk dua anaknya yang berusia enam dan lapan tahun.

Menurut Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac ini, dia turut melakukan perkara sama sewaktu memenangi Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tahun lalu.

“Saya seorang ibu tunggal. Saya dah tua, dah 45 tahun. Anak-anak saya masih kecil lagi. Kalau apa-apa terjadi pada saya, apa nasib mereka nanti?

“Sebab itu saya selalu beritahu anak-anak saya, mama kerja kuat untuk kamu berdua. Sebagai penyanyi kita ini ibarat kais pagi makan pagi. Tiada pendapatan bulanan tetap.

“Sebab itu bila-bila sahaja saya dapat duit lebih, saya akan simpan untuk mereka,” katanya kepada Scoop.

Tambahnya lagi, dia mungkin mengadakan majlis bagi meraikan peminat pada sambutan Krismas yang akan datang sempena kemenangannya itu.

“Tahun lepas saya ada buat majlis berbuka puasa bersama peminat. Tahun ini mungkin kita buat sempena sambutan Krismas pula,” katanya.

Selain membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000, Jac turut menerima pakej percutian ke Switzerland, pakej penginapan di Hotel Royale Chulan London serta baucar dekorasi ruang Ritz Reka dan trofi.

Pada konsert akhir ASGV, Jac menewaskan tujuh lagi finalis lain termasuklah Hady Mirza, Nikki Palikat, Liza Hanim, Naqiu, Tomok, Azharina dan Siti Nordiana. – 11 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related