◉ HEADLINES

Isteri dedah AG Coco hidap sakit buah pinggang tahap 3, jalani prosedur masukkan tiub dalam salur kencing

Perkara itu didedahkan oleh isteri AG, Zuliana di Instagram Story semalam

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Isteri kepada pemuzik AG Coco, Zuliana Eusoff mendedahkan suaminya menjalani pembedahan kecil prosedur memasukkan tiub dalam saluran kencing kerana menghidap sakit buah pinggang tahap tiga.

Perkara itu didedahkan Zuliana menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story malam tadi.

“Salam, suami saya AG Coco akan menjalani prosedur memasukkan tiub dalam saluran kencing kerana masalah batu karang.

“Saya sangat menghargai andai kalian dapat mendoakan suami saya diberikan kesembuhan kerana dia juga telah didiagnosis menghidap sakit buah pinggang tahap tiga,” kongsinya.

Tulisnya lagi dalam hantaran tersebut, dia sangat berduka cita kerana berada sangat jauh daripada suaminya pada ketika ini.

“Saya sangat sedih kerana berada jauh beribu batu bersama anak saya di saat suami sangat memerlukan kami ketika ini. Tetapi kami percaya perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.

“Semoga Allah merahmati kalian di atas doa serta ucapan yang baik dari kalian buat suami saya,” tulisnya.

AG dan keluarganya tinggal di London, namun dia pulang ke Kuala Lumpur baru-baru ini kerana terlibat dengan festival Rock the World dan konsert kumpulan Hujan yang berlangsung Sabtu lepas. — 27 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related