◉ HEADLINES

Fahmi minta bantuan Tabung Kasih Hawana disalurkan segera pada wartawan hiburan yang kritikal di London

Fiza Kamarudin sedang kritikal dan menerima rawatan di London selepas tidak sedarkan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow

9:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menyalurkan bantuan kepada wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza Kamarudin yang kini sedang kritikal di sebuah hospital di London.

“Saya mengikuti rapat perkembangan saudari Fiza yang kini kritikal di sebuah hospital di London.

“Saya telah minta pihak Bernama untuk menyalurkan bantuan kewangan segera kepada beliau serta suami dan anak-anak menerusi Tabung Kasih Hawana.

“Di pihak Kementerian Komunikasi, kami turut mendoakan beliau sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Terdahulu, Scoop melaporkan Fiza yang bertugas sebagai wartawan di portal hiburan Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU kini sedang kritikal dan menerima rawatan di Hospital Charing Cross London selepas tidak sedarkan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow sewaktu menunggu pesawat untuk pulang ke Malaysia.

Fiza sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama suami serta dua cahaya matanya pada pertengahan bulan ini. – 28 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related