◉ HEADLINES

Filem pertama lakonannya bakal ditayangkan selepas 6 tahun, Sophia Albarakbah sedia dikecam

Filem Jiwa 18 merupakan naskhah pertama lakonan Sophia Albarakbah yang menjalani penggambaran pada tahun 2018

7:32 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah sedia dikritik netizen mengenai lakonannya dalam filem pertama Jiwa 18 yang akan ditayangkan di pawagam selepas enam tahun terperam.

Menurut Sophia, dia memulakan kerjaya lakonannya melalui filem tersebut dan sedar banyak kekurangan dalam lakonannya.

“Sejujurnya sebelum saya masuk dalam pawagam untuk menonton filem ini, saya rasa sangat gementar kerana ia merupakan lakonan pertama saya. Ketika itu saya tiada asas dalam bidang lakonan dan tiada pengalaman langsung.

“Tetapi lepas saya tonton, saya rasa lakonan saya tidaklah terlalu teruk. Tetapi boleh nampak lakonan itu adalah lakonan ‘budak baru’.

“Alhamdulillah, filem ini merupakan permulaan kerjaya saya yang membawa saya sehingga di mana saya berada sekarang ini,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Jiwa 18.

Tambah Sophia lagi, dia juga sudah bersedia untuk dikritik atau dikecam netizen yang menonton filem ini nanti.

“Biarpun ini filem pertama saya, tetapi filem lakonan saya yang lain telah ditayangkan terlebih dahulu seperti Mimaland dan Jerangkung Dalam Almari. Begitu juga dengan drama.

“Kalau tengok wajah saya ketika itu pun nampak lain. Jadi andai ada yang kritik lakonan saya dalam filem Jiwa 18 ini, saya terima dengan hati terbuka. Saya sendiri tengok pun saya rasa saya boleh buat lebih baik,” katanya.

Melakonkan babak dirogol dalam filem ini, kata Sophia dia pada mulanya agak gementar untuk menjayakan babak tersebut.

“Sudah tentu saya takut pada mulanya sebab tak tahu nak buat ekspresi macam mana. Tetapi nasib baik kesemua pelakon pun masih baru. Jadi kami berbincang sebelum melakonkan babak itu. Pengarah pun banyak tolong. Jadi kami rasa selesa,” katanya.

Filem Jiwa 18 diterbitkan oleh syarikat produksi White Merpati Entertainment dan diarahkan oleh S. Baldev Singh.

Turut membintangi filem ini ialah Shah Radhy, Izuan Razali, A. Galak, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fauziah Nawi.

Filem ini akan ditayangkan di seluruh negara bermula 18 Januari 2024. – 12 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related