◉ HEADLINES

Tyzo dedah gambar ‘rating’ Suria FM ditulis DJ Lin sendiri ‘biarlah gambar berbicara’

Menurut Tyzo, segmen Suria Petang kendaliannya bersama Rara mendapat rating paling tinggi di Suria FM selama empat kali berturut-turut pada tahun 2022 hingga 2023

11:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander mendedahkan ‘rating’ jumlah pendengar radio Suria FM setiap segmen.

Menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram, Tyzo memberitahu dia berkongsi maklumat tersebut selepas penamatan kontraknya bersama Suria FM dikatakan berpunca daripada penurunan ‘rating’ segmen Suria Petang kendaliannya bersama Rara.

“Kecoh sangat pasal ‘rating’. Biarlah gambar berbicara. Ini data ‘rating’ jumlah pendengar.

“Alhamdulillah bagi tahun 2022 dan 2023, Suria Petang berada di tangga teratas segmen sepanjang empat kali ‘survey’ berturut-turut.

“Gambar tersebut dibentang dan ditulis tangan sendiri di papan putih oleh GM (General Manager). Sekian,” tulisnya.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen termasuklah rakan penyampai radio iaitu Kieran.

“Bagus, jangan biar diri dipijak dan dihina,” tulis Kieran di ruangan komen.

Terdahulu sewaktu sidang media bersama Suria FM pada Jumaat lepas, Pengerusi Star Media Group Berhad, Datuk Dr Mohd Aminudin Mohd Rouse memberitahu, bahawa salah satu faktor kontrak Tyzo tidak disambung adalah kerana ‘rating’ segmen Suria Petang jatuh selepas dia memenangi Anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH tahun lalu.

Beliau juga mendakwa antara ‘rating’ yang paling tinggi adalah segmen Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin serta segmen Gaya Suria kendalian Cik Piah.

Kontrak Tyzo bersama Suria FM telah ditamatkan pada minggu lalu iaitu dua bulan lebih awal dari tarikh sebenar.

Namun Tyzo tidak reda dengan penamatan kontrak ini kerana dia masih ingin bekerja di Suria FM. – 21 Januari 2024

Topics

 

◉ Popular

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related