◉ HEADLINES

Bukan mahu berebut anak, tapi Fizi Ali ingin Ameena Sofea dapat kasih sayang sama rata daripada ibu bapa

Fizi telah memfailkan hadanah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada bulan lepas melalui peguamnya

2:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali memberitahu dia memfailkan hadanah bukan untuk merebut anaknya, Ameena Sofea, 5, daripada jagaan bekas isterinya, Shakila Khoriri.

Sebaliknya, perkara itu dilakukan kerana dia mengharapkan Ameena akan mendapat hak yang sepatutnya sebagai seorang anak iaitu hak daripada ibu dan hak daripada bapanya.

“Bagi saya, macam mana pun anak itu paling penting dan kena dapat kasih sayang daripada mak dan bapanya dia. Itu yang saya perjuangkan.

“Ramai yang DM saya terutama ayah-ayah yang mengalami perkara sama. Saya nak ketengahkan apa yang sepatutnya. Apa yang seorang bapa kena buat apabila berhadapan dengan perkara sebegini,” katanya ketika diwawancara Hlive, sebentar tadi.

Fizi yang ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam juga memaklumkan, dia sudah memfailkan hadanah pada bulan lepas melalui peguamnya.

“Hari ini adalah hari sebutan dan segalanya akan kita ketahui sebentar nanti,” katanya lagi.

Ditanya sama ada Shakilla Khoriri turut hadir di mahkamah pada sebutan hari ini, Fizi menyatakan, bekas isterinya itu sepatutnya perlu datang.

“Shakila patut datang untuk selesaikan perkara ini. Bagi saya ini adalah jalan yang terbaik untuk kita selesaikan sebab bila kita bincang berdua tidak dapat (tidak berjaya),” katanya lagi.

Fizi sebelum ini mendakwa dia telah dihalang bertemu dengan anaknya, Ameena apabila usahanya menghubungi bekas isterinya itu seringkali gagal.

Bahkan nombor telefonnya juga turut disekat oleh pelakon serta pengacara wanita tersebut.

Susulan itu, dia terpaksa membawa perkara berkenaan ke mahkamah dan memfailkan Hadanah bagi mendapatkan haknya sebagai seorang bapa. – 22 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related