◉ HEADLINES

‘Bagi mereka kecam puas-puas, sayang dapat pahala’: Almy Nadia kepada Fizz Fairuz

Hari ini hari pertama Fizz Fairuz bertugas sebagai penyampai radio untuk segmen pagi Suria FM.

6:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pagi tadi adalah hari pertama pelakon, pengarah serta produser, Datuk Fizz Fairuzz memulakan tugasnya sebagai penyampai radio Suria FM untuk segmen pagi, Morning Morning Suria yang turut dikendalikan bersama Ajak serta Kai.

Menyedari suaminya tidak terkecuali menjadi mangsa kecaman netizen, Datin Almy Nadia yang merupakan bekas pelakon drama tampil memberikan kata-kata semangat sambil meminta Fizz mengabaikan segala kecaman tersebut.

“Hari pertama sayang (panggilan untuk Fizz) jadi penyampai radio. Sebelum ini cuma jemputan, tak sama macam penyampai radio sebenar.

“Untuk sebulan dua nih, memang orang tahu kecam. Bagi mereka kecam puas-puas, sayang dapat pahala,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram.

Antara gelagat bersahaja Datuk Fizz Fairuzz di hari pertama memulakan tugasnya sebagai penyampai radio Suria FM untuk segmen pagi, Morning Morning Suria. – Gambar Fizz Fairuz, 22 Januari, 2024

Tulis Almy, dia tahu dalam apa bidang sekalipun, seseorang perlukan masa untuk menyesuaikan diri melakukan tugas tersebut.

“Mama tahu, okay sayang. Semua bidang baru perlukan masa. Macam orang lain juga. Dah jadi suami isteri, dapat anak, dapat kerja baru, mesti perlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaan.

“Bukan tahu kecam dan maki macam tak ingat dunia. Macam tak pandang, kiri kanan, kecam dan menulisnya. Sabar itu indah, sabar itu cantik. Mama dan keluarga masih sayang dan sokong kamu, Fizz Fairuz,” katanya.

Almy turut mengucapkan terima kasih kepada Suruia FM kerana memberi peluang kepada suaminya itu untuk menjadi sebahagian daripada keluarga stesen radio tersebut. – 22 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related