◉ HEADLINES

Semakin panas, selepas babak ranjang, adegan Afieq buka zip baju Fasha pula tular

Adegan tersebut kini tular di media sosial di mana rata-rata netizen meluahkan rasa jijik melihat babak yang disifatkan mereka sebagai 'soft porn'

10:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seperti yang dijangka, drama bersiri Rampas Cintaku 2 lakonan Fasha Sandha dan Afieq Shazwan menjadi topik hangat dan bualan netizen gara-gara babak panas mereka.

Selepas babak ranjang antara keduanya, kini timbul pula adegan membuka zip baju.

Babak tersebut menunjukkan Datin Safieya lakonan Fasha sedang bersiap untuk keluar makan malam, kemudian suaminya iaitu Rizal lakonan Afieq menghampiri untuk zipkan bajunya. Namun disebabkan terpukau dengan kecantikan isterinya, Rizal membuka zip itu.

Disebabkan itu, ramai netizen meluahkan rasa jijik melihat adegan tersebut memandang Afieq dikatakan jauh lebih muda berbanding Fasha.

“Baru nak cuba tengok hari tu. Baru 15 minit pertama dah turned me off. Sebab cerita berpaksi pada seks dan ‘soft porn’. Usia saya sudah hampir 40-an tetapi tak kuasa nak tengok cerita begini. Paling naya waktu tengok tu ibu saya ada di sebelah. Acik malu tau walaupun dah berusia. Cerita Melayu kot,” tulis salah seorang pengguna aplikasi X.

“Dah macam ‘trend’ pula drama-drama Melayu sekarang perlukan babak ‘soft porn’ untuk naikkan rating. Pelakon-pelakon yang Melayu tu tak rasa jijik ke lakonkan watak-watak macam ni? Aku yang tengok pun geli. Macam mana lah industri perfileman nak maju macam ni,” tulis seorang netizen.

Ramai netizen meluahkan rasa jijik melihat adegan tersebut memandang Afieq dikatakan jauh lebih muda berbanding Fasha – Tangkapan layar, 24 Januari, 2024

Sebelum ini Scoop pernah melaporkan bahawa Afieq akui risau melakonkan babak intim bersama Fasha.

Namun dia sekadar melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon dan terdapat beberapa babak yang hanya dilakukan sekali sahaja dengan menggunakan teknik kamera agar kelihatan seperti benar.

Afieq juga akui pernah meminta untuk babak panas membabitkannya dikurangkan. Namun akur dengan tema drama ini yang mengangkat kisah percintaan ‘anak ikan’ dan wanita lebih berusia.

Rampas Cintaku musim pertama telah mencetuskan fenomena tersendiri apabila berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta. Kini drama tersebut turut ditayangkan di negara China. – 24, Januari 2024

Topics

 

◉ Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related