◉ HEADLINES

Nikahi anak Abby Abadi di Thailand?: ‘No comment, tanyalah mereka’

Misya jawab pertanyaan media mengenai dakwaan suaminya telah mengahwini Marissa yang merupakan anak Abby Abadi dan Norman Hakim

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri pertama Aslam yang dikenali sebagai Umisya Mazlan atau Misya akhirnya bersuara mengenai kontroversi suaminya yang dikatakan telah berkahwin dengan anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim di Thailand pada Disember lalu.

Menerusi temu bual bersama sebuah media, Misya memberitahu dia enggan memberikan sebarang komen mengenai isu yang semakin hangat diperkatakan netizen ini.

“No comment (tiada komen). Rasanya lebih baik bertanya kepada mereka. Maafkan saya,” katanya.

Semalam media melaporkan ada sumber yang telah mendedahkan bahawa Marissa dan Aslam telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 17 Disember 2023 sewaktu Misya sedang mengerjakan ibadah umrah.

Difahamkan kedua ibu bapa Marissa sudah tahu tentang perkahwinan anak mereka namum memintanya untuk berpisah dengan Aslam. 

Terdahulu pada September tahun lalu, Misya mendedahkan Marissa menjadi punca dia diceraikan Aslam selepas beberapa tahun hidup bersama dan memiliki dua cahaya mata.

Namun Misya dan Aslam kembali rujuk selepas kontroversi hubungannya dengan Marissa reda. – 8 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related