◉ HEADLINES

Warkah harapan, doa Siti buat warga Gaza

Siti turut membawakan dua lagu sebagai solidariti untuk Palestin menerusi Lagu Basyirah dan Kurniaan

11:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ribuan surat harapan yang ditulis dan ditandatangani penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilayangkan ke udara dan disambut peminatnya ketika Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Ia adalah satu simbolik dilakukan Siti untuk menyampaikan kata-kata semangat buat penduduk di Gaza.

Warkah tulisan tangan Siti Nurhaliza sebagai simbolik soladiriti untuk Palestin dilayangkan di Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena Bukit Jalil. – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 9 Mac, 2024

Surat harapan itu tertulis: “Daripada kami kepada kalian di sana. Doa kami sentiasa mengiringi. Teruslah kuat kerana sinar pasti menanti. Dan Allah SWT akan melindungi. Salam Dari Malaysia – Siti Nurhaliza”.

Siti turut membawakan dua lagu sebagai solidariti untuk Palestin menerusi lagu Basyirah dan Kurniaan.

Ia selari dengan tujuan utamanya mengadakan konsert amal ini untuk mengutip dana tabung Yayasan Nurjiwa bagi membantu rumah kebajikan dan anak-anak serta mereka yang berada di Palestin.

“Saya bersyukur kerana Dr Mohanad iaitu pengetua yang menguruskan sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza telah dilindungi Allah SWT.

“Beliau jugalah yang menguruskan Yayasan Nurjiwa di sana dan membantu mengagihkan sumbangan yang anda semua berikan kepada penduduk di sana.

“Saya inginkan doa anda semua agar Dr Mohanad dan pasukan Yayasan Nurjiwa di sana terus selamat dan dilindungi Allah SWT,” katanya.

Ribuan peminat setia Siti Nurhaliza yang membanjiri Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini. – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 9 Mac, 2024

Siti menyatakan rasa terharu apabila peminat setianya daripada Portugal sanggup datang ke Malaysia untuk menyaksikan konsertnya itu.

Menurut Siti, peminatnya sekeluarga dari Portugal itu sudah pernah ditemuinya selepas dia mengadakan Konsert Siri Nurhaliza On Tour, kira-kira empat tahun lalu.

“Anak dia hafal semua lagu-lagu saya. Jadi anak dia adalah Sitizoners yang sejati,” katanya.

Pada konsert anjuran Yayasan Nurjiwa itu, Siti mengambil peluang untuk membawakan beberapa lagu yang jarang dinyanyikannya.

Namun, sebaik sahaja setiap kali dia membawakan lagu-lagunya yang hit seperti Azimat Cinta, Purnama Merindu, Kesilapanku Keegoanmu dan Bukan Cinta Biasa, seluruh peminatnya ikut menyanyi bersama.

Dalam konsert yang dipimpin Aubrey Suwito selaku pengarah muzik itu, Siti turut mengundang Judika sebagai penyanyi undangan dan berduet dengan lagu Cinta Dirgahayu, Seluruh Cinta dan Kisah Ku Inginkan. – 9 Mac, 2024

Topics

 

◉ Popular

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related