◉ HEADLINES

Erti balik raya punya makna tersendiri buat trio, Nadeera, Wani Kayrie, Indah Ruhaila

Ketiga-tiga penyanyi itu disatukan untuk membawa lagu raya bertajuk Balik Raya

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Erti balik raya mempunyai makna tersendiri buat penyanyi Nadeera, Wani Kayrie dan Indah Ruhaila, apatah lagi ketiga-tiga mereka disatukan untuk menjayakan single raya dengan tajuk sama.

Bagi bakat baharu, Nadeera, pengalaman merakamkan lagu raya pertamanya itu adalah momen tidak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila dan bakal menjadi kenangan manis.

Bagi Nadeera, sambutan Aidilfitri kali ini mungkin tidak banyak bezanya kerana setiap tahun dia akan bersama keluarga dan memilih bersederhana sahaja – Gambar Rocketfuel Entertainment, 25 Mac, 2024

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dan gembira kerana dapat menghasilkan lagu raya ini bersama penyanyi hebat seperti Wani Kayrie dan Indah Ruhaila.

“Sebagai artis baharu, raya kali ini lebih istimewa kerana mendapat ucapan daripada peminat saya.

“Namun, sambutan Aidilfitri kali ini mungkin tidak banyak bezanya kerana setiap tahun saya akan bersama keluarga dan memilih bersederhana sahaja,” katanya kepada Scoop.

Menurut Wani Kayrie pula, sesibuk mana pun seseorang dalam menjalani kehidupan seharian, apabila menjelang perayaan, ia pasti tidak lengkap jika tidak pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga.

Menurut Wani Kayrie pula, sesibuk mana pun seseorang dalam menjalani kehidupan seharian, apabila menjelang perayaan, ia pasti tidak lengkap jika tidak pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga – Gambar Rocketfuel Entertainment, 25 Mac, 2024

“Pengertian balik raya itu bukan sahaja semata-semata pulang ke kampung, sebaliknya sebagai umat Islam kita haruslah rebut peluang ini untuk mengeratkan silaturahim sesama keluarga.

“Manfaatkanlah masa bersama dengan sebaiknya, pengertian bahagia itu hanya dengan bersederhana, bukannya serba-serbi baharu, tetapi lebih mensyukuri dengan adanya orang tersayang kerana pasca bencana Covid-19 lalu, ramai kehilangan ahli keluarga,” katanya yang akan pulang beraya di Sandakan, Sabah.

Manakala, buat pelantun lagu ‘Indah’ iaitu Indah Ruhaila, bekerjasama dengan rakan artis lain di bawah satu bumbung untuk merakamkan lagu Balik Raya adalah pengalaman menyeronokkan.

“Bayangkan kami melakukakan proses penggambaran musik video (MV) selama 24 jam! Semuanya wrap sekitar jam 5 pagi dan dilakukan sebelum bulan puasa lagi, iaitu di Sekinchan, Selangor.

Indah menganggap pengalaman berniaga di bazar Ramadan ketika berusia 15 tahun adalah kenangan terindah buat dirinya – Gambar Rocketfuel Entertainment, 25 Mac, 2024

“Dan lebih menarik, Wani dan saya sempat mencipta koreografi sendiri sewaktu penggambaran dan semoga ia menjadi dance challenge di media sosial nanti,” katanya.

Indah juga menganggap pengalaman berniaga di bazar Ramadan ketika berusia 15 tahun adalah kenangan terindah buat dirinya.

“Waktu itu, best gila, walaupun kadang-kadang hujan dan paras air naik, saya tetap meneruskan perniagaan bersama keluarga.

“Pengalaman itulah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, selain boleh berjumpa sanak-saudara dan berkumpul beramai-ramai di hari bahagia,” katanya.

Balik Raya hasil ciptaan komposer muda berbakat, Rushdan adalah terbitan Rocketfuel Entertainment dan sudah berada di semua platform penstriman muzik. – 25 Mac, 2024

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related