◉ HEADLINES

Oneus bakal persembah Alamak Raya Lagi ketika konsert di Malaysia, peminat harap mereka berbaju Melayu

Kumpulan itu bakal menjayakan konsert Oneus 2nd World Tour La Dolce Vita 2024 pada 4 Mei di Zepp Kuala Lumpur

2:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Kpop, Oneus memberi bayangan bakal mempersembahkan lagu Alamak Raya Lagi yang dipopularkan artis Malaysia, De Fam pada konsert kedua mereka di negara ini.

Oneus yang dahulunya berenam tetapi kini tinggal berlima, iaitu Seoho, Leedo, Keonhee, Hwanwoong dan Xion bakal menjayakan konsert Oneus 2nd World Tour ‘La Dolce Vita’ 2024 pada 4 Mei di Zepp Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, kelima-lima pemuda itu membuat kejutan kepada peminat mereka yang digelar To Moon, khususnya di Malaysia apabila beraksi comel dengan lagu Alamak Raya Lagi di platform Instagram dan TikTok.

Ia seolah-olah ingin membuktikan bahawa mereka mengambil tahu perkara viral di negara yang bakal mereka singgah untuk mengadakan konsert.

Rata-rata peminat di TikTok teruja melihat aksi kumpulan itu dan mengharapkan agar mereka tampil lengkap berbaju Melayu sambil membuat cabaran lagu Alamak Raya Lagi di konsert itu nanti.

Oneus yang bernaung di bawah agensi Rainbow Bridge World (RBW) mula melancarkan single pertama mereka Light Us (extended play) pada 2019 dan ia terus membantu kumpulan itu meraih perhatian dan bertapak di Amerika Syarikat (AS).

Pernah menghasilkan album studio, Devil pada 2021 dan Dopamine (2022), Oneus turut menghasilkan beberapa single extended play, termasuk La Dolce Vita yang sekali lagi berjaya menembusi pasaran AS. – 26 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related