◉ HEADLINES

Mana royalti album Rockology? Search mahu heret Kid dan Din ke mahkamah

Kid dan Din menerbit serta menjual album Rockology Search: Kid’Din Collection Series pada 2022 tanpa sebarang dokumen atau perbincangan bersama anggota Search yang lain

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Search tidak akan teragak-agak untuk mengheret Nordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid) ke mahkamah andai mereka masih lagi mendiamkan diri berhubung isu royalti membabitkan penerbitan album Rockology Search: Kid’Din Collection Series pada 2022.

Vokalis Search, Datuk Amy berkata, tindakan itu terpaksa dibuat kerana penerbitan dan jualan album tersebut dilakukan tanpa sebarang dokumen mahupun perbincangan bersama anggota Search yang lain.

Mengakui terkilan dengan sikap Kid dan Din, Amy turut menyifatkan tindakan mereka sebagai keterlaluan, sekali gus tidak menghormati perjuangan kumpulan rock legenda itu.

“Saya nak tanya Din dan Kid. Mana royalti lagu-lagu kami daripada album Rockology yang mereka jual? Itu hak anak bini arwah Yazit, Nasir dan saya.

“Mereka terbit dan jual album tersebut tanpa sebarang dokumen dan satu sen pun kita tak dapat. Kami tandatangani kontrak digital, tapi mereka dapat bahagian masing-masing.

“Banyak benda yang mereka langgar. Mereka tak hormat kami. Mereka tahu ‘benda’ itu salah. Mereka tak bincang tapi lancarkan album itu,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan hari raya Go Search Records & Entertainment, malam tadi.

Menurut Amy, lebih mengecewakan apabila dia diberitahu Kid dan Din seolah-olah mengambil ringan akan isu pembayaran royalti tersebut.

“Mereka beritahu seorang rakan kami, mereka mahu bayar royalti album tersebut mengikut ihsan mereka.

“Pada saya perbuatan itu sangat teruk kerana lagu-lagu dalam Rockology itu merupakan lagu yang selalu kami mainkan. Tindakan mereka ini sudahpun melanggar Hak Cipta Terpelihara.

“Kalau nak bayar pun macam mana? Kita tak tahu jumlahnya sebab tiada dokumen (yang dibuat),” katanya.

This image has an empty alt attribute; its file name is Kid-Din-1024×576.jpg Menurut Amy, beliau kecewa Kid (kanan) dan Din seolah-olah mengambil ringan akan isu pembayaran royalti tersebut. – Gambar PR, 10 Mei, 2024

Jelas Amy lagi, banyak lagi perkara lain yang dilakukan Kid dan Din yang disifatkan sebagai menjejaskan imej dan reputasi Search.

“Mereka berdua memang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku. Search akan berbincang dengan peguam kami berhubung hasil kerja seni yang dicetak rompak ini.

“Dulu, kita kempen cetak rompak untuk bagi kesedaran kepada masyarakat. Tapi, sekarang ini, yang buat cetak rompak adalah kawan sendiri.

“Mungkin, mereka tak faham tentang soal hukum. Undang-undang dunia tak mengapa. Kalau ikut hukum agama, fikirlah sendiri,” katanya.

Ujarnya, dia memang tidak akan menghalalkan royalti yang diperolehi Kid dan Din menerusi jualan album tersebut kerana ia adalah hak yang akan diwariskan kepada keluarga mereka. – 10 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related