◉ HEADLINES

Awesome TV tidak lagi digantung

Penarikan penggantungan itu membolehkan Awesome TV kembali bersiaran melalui saluran 112 di platform MYTV

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas digantung empat hari disebabkan isu komersial, stesen televisyen, Awesome TV Saluran 112 kembali bersiaran di platform MYTV berkuat kuasa kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, pihak peguam syarikat itu, sudah berbincang dengan peguam MYTV Sdn Bhd untuk menyelesaikan isu penggantungan Awesome TV daripada platform MYTV.

“Susulan daripada itu, peguam Awesome TV dan MYTV Sdn Bhd mencapai persetujuan yang memihak kepada kita,” katanya menerusi kenyataan rasmi.

Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) digantung siaran daripada platform penyiaran MYTV Brodcasting Sdn Bhd (MYTV) pada 26 Mei lalu.

Menurut MYTV, penggantungan itu disebabkan isu komersial yang tidak dapat diselesaikan walaupun pelbagai usaha dilakukan kedua-dua pihak.

Awesome TV dalam kenyataannya pula berkata, tindakan MYTV menggantung siaran mereka daripada platform terbabit menerusi saluran 112, sama sekali tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Katanya, ia kerana permohonan semakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan permohonan rayuan kepada tribunal rayuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) difailkan Awesome TV di mahkamah sebelum ini, masih tiada keputusan.

Namun, Awesome TV masih berdepan isu kes saman dan bayaran terhadap beberapa penerbit masih belum dilunaskan.

Sementara itu, netizen menyambut baik tindakan MYTV tidak meneruskan penggantungan penyiaran Awesome TV, termasuk berpandangan tindakan berkenaan akan memberikan lebih pilihan kepada orang ramai. – 31 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related