◉ HEADLINES

PM kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti

Beliau berkata filem itu sarat dengan mesej mendalam mengenai peranan agensi penguatkuasa dalam negara

11:30 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti yang ditonton beliau malam tadi.

Beliau berkata filem itu sarat dengan mesej mendalam mengenai peranan agensi penguatkuasa dalam negara dan pada masa sama, memuji penerbitan filem Melayu yang semakin maju serta kreatif.

“Cerita ini papar kelemahan dalam suatu pasukan tapi juga ada kekuatannya dalam Malaysia (penguatkuasa) iaitu tidak kurang orang yang sangat mempertahan integriti serta menolak kecurangan seperti gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menonton tayangan khas filem itu di pawagam GSC di sini.

Terdahulu, Anwar bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa kira-kira dua jam setengah menonton filem itu.

Beliau berkata filem arahan Syafiq Yusof itu turut membuka lebih banyak ruang kepada kerajaan dan kementerian untuk menyemarakkan industri perfileman negara.

“Kalau inilah prestasi yang kita capai pada masa depan, dunia perfileman Melayu itu sangat cerah.

“Pihak kerajaan dan agensi terkait akan beri kerjasama untuk memungkinkan kreativiti serta menyemarakkan penyuburan seni seterusnya memungkinkan daya cipta dan kreatif,” katanya.

Anwar turut menggesa mana-mana pihak yang belum menonton Sheriff Narko Integriti agar berbuat demikian dengan mengambil kira keupayaan filem itu yang membanggakan.

Hadir sama pelakon Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Aaron Aziz serta Elizabeth Tan dan penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim yang turut mengetengahkan bakatnya menerusi filem itu. – 13 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related