◉ HEADLINES

Selepas bertahun dipujuk, barulah Ahmad Yatim setuju berlakon dalam Abnormal: Buas

Aeril Zafrel mengakui pemilihan Ahmad Yatim dalam filem berkenaan satu cabaran kerana aktor legenda itu sudah hilang penglihatan

3:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemunculan pelakon legenda, Ahmad Yatim dalam filem aksi pcyho thriller, Abnormal: Buas arahan Allahyarham Azhari Zain sememangnya mengejutkan kerana beliau pernah menyatakan hasrat untuk tidak mahu lagi terlibat dalam dunia lakonan.

Lalu, apa menyebabkan pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Paling Menonjol di Layar Perak (Most Strong Presence Actor on Screen) Festival Filem Asia Pasifik 1982 itu berubah fikiran?

Produser filem Abnormal: Buas yang juga pelakon utamanya, Aeril Zafrel berkata, mereka sememangnya bertuah apabila Ahmad Yatim berbesar hati untuk menerima tawaran dan melibatkan diri dalam filem tersebut.

“Kalau tidak silap, kali terakhir Ahmad Yatim muncul di filem adalah menerusi filem Perempuan Melayu Terakhir pada 1999 selepas membintangi filem Abang dan Sumpah di Bumi Merkah (1981), Pemburu (1982) dan Anak Sarawak (1989). Kemudian, untuk sekian lama, beliau tidak berlakon lagi.

“Hendak pujuk beliau memang bukan tugas yang senang. Yang datang jumpa beliau, bukanlah pihak kami sahaja. Ramai lagi, pelakon serta produser lain yang berjumpa beliau untuk memujuknya agar kembali berlakon semula.

“Untuk memujuk beliau juga memakan masa bertahun. Tapi, akhirnya sebab kami selalu berjumpa beliau, akhirnya terbuka juga hati beliau untuk menerima tawaran kami untuk berlakon dalam filem ini,” katanya.

Aeril juga mengakui pemilihan Ahmad Yatim untuk membawakan watak sebagai salah seorang mastermind E-1 iaitu agensi rahsia yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan politik di Kota Lemuriya amat mencabar.

Produser filem Abnormal: Buas yang juga pelakon utamanya, Aeril mengakui, mengambil masa bertahun untuk memujuk pelakon legenda, Ahmad Yatim menerima tawaran berlakon dalam filem tersebut. – Gambar PR, 13 Jun, 2024

“Cabarannya adalah kerana beliau sudah hilang penglihatan. Tapi, pada waktu sama kita harus tonjolkan karakter yang kuat untuknya dalam filem ini.

“Kalau penglihatannya masih ada, mungkin kita boleh pelbagai wataknya. Misalnya, berjalan atau berlawan. Jadi, kita buat karakternya itu duduk sahaja tetapi masih dengan penuh karismatik.

“Memandangkan filem ini adalah sebuah filem trilogi, penonton akan dapat saksikan kemunculan Ahmad Yatim dalam filem prekuel dan sekuelnya selepas ini,” katanya.

Abnormal: Buas yang merupakan karya terakhir Allahyarham Azhari adalah filem pertama terbitan Aeril dan isterinya, Wawa Zainal di bawah syarikat produksi milik mereka, Respected Citizens Sdn Bhd.

Selain Ahmad Yatim dan Aeril sendiri, filem yang mendapat sentuhan skrip Gawar Sawbaqyah filem turut menghimpunkan tiga pelakon legenda lain iaitu Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar serta Jalil Hamid.

Filem yang sudah diadaptasi dalam bentuk novel trilogi itu turut dibintangi Shaheizy Sam, Nabila Huda, Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila, Wawa Zainal, Johan As’ari, Kodi Rasheed dan Hayla (anak kepada Aeril dan Wawa).

Filem Abnormal: Buas yang berklasifikasi 16 dan bakal ditayangnya secara rasmi di pawagam Malaysia pada 22 Jun ini mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ setelah mereka terlepas daripada belenggu kemanusiaan. – 13 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

TM Bukit Jalil to host star-studded AllStar Legends clash featuring Gerrard and football greats

Former Premier League and international stars led by Steven Gerrard will reunite at Bukit Jalil National Stadium on October 3 for the AllStar Legends exhibition match, as organisers promise fans a world-class football spectacle packed with nostalgia, entertainment and global star power

◉ Related