◉ HEADLINES

‘Belum terlambat untuk tarik diri’ peminat gesa Siti Nurhaliza bertindak segera

Siti perlu membuat keputusan besar, tarik diri dari ‘Hitman Returns – David Foster and Friends’ bukan pilihan tapi kewajipan

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rata-rata peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza meminta penyanyi itu menarik diri daripada persembahan dalam ‘Hitman Returns – David Foster and Friends’ yang dijadualkan malam ini di Jakarta.

Sambil menyifatkan masih belum terlambat, mereka berkata penyanyi itu mempunyai keputusan besar yang perlu dibuatnya dan ia adalah satu kewajipan, bukan pilihan lagi terutama apabila melibatkan kekejaman Israel.

Mereka juga meminta Siti membuat kenyataan segera dan tidak lagi bekerjasama dengan David Foster.

Bagaimanapun ada juga yang mencadangkan jika Siti keberatan untuk menarik diri, mungkin dia boleh memakai pakaian yang melambangkan simbolik kepada Palestin atau mengibarkan bendera Palestin ketika mengadakan persembahan.

“Adakah benar (mengadakan persembahan dengan David Foster)? Jika benar kami sebagai muslimin akan berhenti menyokong karier datuk,’’ kata Zahrin Abdul.

“Kalau dia nyanyi di situ juga, dia akan ada dalam senarai boikot aku,’’ tulis Manja.

Mereka ini bersama yang lain menulis komen tersebut di dalam Instagram Pertubuhan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia.

Terdahulu, BDS Malaysia menyifatkan keputusan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengadakan persembahan di Jakarta, Indonesia, malam ini, yang berjudul ‘Hitman Returns – David Foster and Friends’ sebagai sangat mengecewakan.

Pertubuhan itu berkata, ini kerana penggubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada itu adalah seorang yang kuat menyokong rejim zionis.

Sehingga kini Siti masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini. – 15 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related