◉ HEADLINES

Dakwaan rujuk semula dengan Eman Manan tak benar: Ogy

Laporan itu hanya fitnah dan pernah ditularkan dua tahun lalu, malah dia sudah lama tidak berjumpa mahupun berhubung dengan pelakon tersebut

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktres versatil, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengakui terkejut apabila didakwa sudah rujuk semula dengan bekas suaminya, Eman Manan.

Bercakap kepada Scoop, Ogy menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan ia berunsur fitnah.

Malah, katanya, dia sudah lama tidak berjumpa mahupun berhubung dengan Eman yang juga salah seorang pelakon hebat di negara ini.

“Laporan yang mengatakan saya kembali semula dengan Eman ini sudah tersebar dua tahun lepas. Ia hanya fitnah dicetuskan sebuah portal untuk meraih perhatian agar pembaca klik ke pautan tersebut tetapi akhirnya mereka dibawa ke halaman sebuah platform e-dagang.

“Saya pernah mengajukan perkara ini kepada peguam tetapi saya diberitahu sukar untuk mengambil tindakan kerana pihak tidak bertanggungjawab ini menggunakan IP antarabangsa untuk meraih duit dengan setiap klik diterima.

“Apapun, laporan itu tidak benar sama sekali. Dakwaan yang mengatakan Aminah adalah anak Eman juga tidak benar. Jika saya sudah punya seseorang dan mahu mendirikan rumah tangga, pasti saya akan uar-uarkan,” katanya.

Ogy bagaimanapun berkata, dia sememangnya lebih suka dengan kehidupannya ketika ini (single) dan menyedari dirinya tidak memiliki kriteria ‘wife material’ (sesuai dijadikan isteri).

Menurut Ogy, dia sudah lama tidak berjumpa mahupun berhubung dengan Eman yang juga salah seorang pelakon hebat di negara ini. – Gambar Instagram Eman Manan, 21 Jun, 2024

“Ya, saya bukanlah seorang wife material. Mungkin kerana saya sudah lama berdikari. Sejak dari kecil lagi saya sudah belajar untuk menguruskan diri serta mencari duit sendiri.

“Hal jodoh adalah tugas Tuhan. Memang saya tidak boleh menolaknya jika ditakdirkan saya berjodoh tetapi saya lebih suka menjadi seorang ibu dan bahagia dengan kehidupan bersama anak saya, Aminah.

“Saya sedar suatu hari nanti, dia juga akan meninggalkan sarangnya. Jika hal itu terjadi, suatu hari nanti, saya okay dan menerimanya dengan hati terbuka. Apa yang lebih penting, saya menyayangi diri saya,” katanya.

Tambahnya lagi, antara sebab lain dia tidak memenuhi ‘wife material’ adalah kerana dia seorang yang gila kerja dan tidak gemar diarah.

“Saya gila kerja bukan sejak saya bercerai tapi sejak saya kecil lagi. Ketika itu, hidup saya berpusat kepada apa yang saya ingin capai di dunia dan di akhirat. Saya tidak suka calarkan nama ibu dan ayah saya.

“Saya juga tidak hidup dengan berlandaskan persepsi orang. Bukan masalah saya, jika orang tidak dapat menerima hal tersebut.

“Sebabnya, bukan orang lain yang tulis mengenai kisah kehidupan kita. Tapi, kita yang menulisnya sendiri. Saya kira, kekuatan ini saya perolehi daripada Allahyarham nenek saya (ibu kepada Allahyarham seniwati Saadiah),” katanya. – 21 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related