◉ HEADLINES

8 tahun berehat, legenda Jacky Cheung kembali berganding dengan Nicholas Tse dalam Customs Frontline

Customs Frontline bukanlah sebuah filem aksi klise, sebaliknya ia mengangkat kepayahan, semangat juang dan kecekapan anggota Kastam Hong Kong membanteras jenayah global

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas menerima sambutan hangat ketika ditayangkan pada 26th Far East Film Festival di Udine, Itali, filem Customs Frontline yang mengisahkan mengenai semangat juang anggota Kastam Hong Kong, bakal ditayangkan di Malaysia pada 5 Julai ini.

Ia menyaksikan kemunculan semula aktor legenda, Jacky Cheung selepas berehat selama lapan tahun. Kali ini, Chan bergandingan dengan aktor berbakat besar, Nicholas Tse serta Karena Lam.

“Saya melihat Tse dan Karena membesar dan sinergi mereka sangat menonjol bersama saya dalam filem ini,’’ kata Chan yang sudah memenangi pelbagai anugerah sepanjang karier lakonannya.

Dalam pada itu, Chan, 43, juga buat pertama kalinya menjadi koreografer aksi dalam filem arahan Herman Yau yang digarap selama dua tahun ini.

Dalam temubual secara maya, koreografer teruja kerana bukan sahaja berpeluang beraksi dengan Chan malah merealisasikan babak aksi yang menjadi dambaannya selama ini.

Tse yang merupakan Aktor Terbaik dalam Hong Kong Film Award ke-31 itu mahu membawa semangat dan dedikasi yang pernah ditonjolkan bekas pengarah, mendiang Benny Chan menerusi dunia sinema Hong Kong seperti dalam filem Gen-X Cops, New Police Story, Shaolin dan Raging Fire. – Gambar media sosial, 25 Jun, 2024

“Sewaktu kecil saya selalu meniru aksi pelakon Jackie Chan dan Donnie Yen. Jika ditanya, secara jujur saya akan meneruskan tradisi merisikokan diri untuk melakonkan babak aksi dalam filem Hong Kong.

“Kerana itu saya turut menjadi koreografer aksi buat pertama kali dalam sejarah lakonan menerusi Customs Frontline,” kata Nicholas.

Tse, yang juga Aktor Terbaik dalam Hong Kong Film Award ke-31 itu juga mahu terus membawa semangat dan dedikasi yang pernah ditonjolkan bekas pengarah, mendiang Benny Chan menerusi dunia sinema Hong Kong seperti dalam filem Gen-X Cops, New Police Story, Shaolin dan Raging Fire.

Customs Frontline turut menampilkan Karena Lam sebagai antara watak utama. – Gambar media sosial, 25 Jun, 2024

Penuh aksi tanpa henti, Customs Frontline mengangkat kecekapan anggota Kastam Hong Kong membenteras jenayah global termasuk penyeludupan senjata api yang jarang memfokus atau menonjolkan kepakaran anggota kastam.

Ia turut menjalani penggambaran di beberapa lokasi penting seperti Ibu Pejabat Kastam Hong Kong North Point dan Ngong Shuen Chau Naval Base untuk paparan yang lebih realistik.

Filem yang dipenuhi dengan babak aksi, plot twist hebat serta klimaks tanpa henti ini meledak hebat di pawagam Hong Kong. Bagaimana pula dengan pawagam di Malaysia? – 24 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related