◉ HEADLINES

Team LZJ harus bersyukur, bukan cetus isu: Jalani

BAM telah memberi kebenaran kepada pemain profesional untuk berlatih di ABM dan ini boleh membantunya

7:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Team LZJ sepatutnya tidak mencetuskan isu berkaitan peraturan pemain profesional perlu mengenakan pakaian yang tidak tertera jenama selain penaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika mahu berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) kata Datuk Seri Jalani Sidek.

Legenda badminton negara yang berusia 58 tahun itu, berpendapat Zii Jia harus merasa bertuah kerana badan induk negara itu membenarkan pemain profesional untuk berlatih dengan pasukan kebangsaan, kerana ia memberi manfaat berbanding berlatih berseorangan. 

Datuk Seri Misbun Sidek berkata Lee Zii Jia harus merasa bertuah kerana badan induk negara itu membenarkan pemain profesional untuk berlatih dengan pasukan kebangsaan. – Gambar Scoop, 20 Ogos, 2023

“Kenapa perkara itu perlu dijadikan isu? BAM telah memberi kebenaran kepada pemain profesional untuk berlatih di ABM dan ini boleh membantunya. Pada waktu saya masih bertanding, saya tidak mendapat faedah ini.

“Saya setuju dengan apa yang (Datuk) Lee Chong Wei katakan. Jepun tidak pun mengalami isu ini, ada dikalangan pemain mereka ditaja oleh Mizuno ataupun jenama lain tapi mereka boleh menghormati penaja badan induk.

“Bila persatuan ada undang-undang dan peraturan, kita harus menghormatinya. Bagi saya benda remeh macam ini tidak seharusnya diperbesarkan. Mereka harus sedar bahawa mereka orang luar dan bukan BAM lagi.

“Perkara ini tidak bagus untuk senario badminton negara. Jika benar mahu berlatih di ABM, mereka harus berkorban dan bagi saya isu ini tidak patut berlaku pun,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media khas itu adalah bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek. 

Terdahulu, pengarah kejurulatihan Team Lee Zii Jia, Wong Tat Meng, memuatnaik hantaran di akaun Instagramnya menuduh BAM ‘membuli’ pemain professional dengan menyekat mereka daripada memakai pakaian latihan dengan jenama yang selain daripada rakan kongsi BAM jika mahu berlatih di ABM.

Tat Meng berkata yang peraturan itu dikuatkuasakan ketika persiapan menjelang Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark bermula esok.

Bagaimanapun, BAM menjelaskan yang peraturan itu sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu dan ia adalah satu obligasi kontrak untuk hanya menggunakan pakaian penaja di ABM.

Kontroversi yang ditimbulkan pasukan Zii Jia turut mendapat reaksi Chong Wei yang menyelar tindakan mereka yang didakwa sengaja mahu mencetuskan isu ketika pemain profesional lain tidak berdepan masalah. – 20 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

PDRM FC clear wage arrears, eye strong finish to Super League campaign

After months of financial uncertainty, PDRM FC have settled six months of unpaid salaries, lifting morale within the squad as they look to regroup and end their Super League season on a positive note

◉ Related