◉ HEADLINES

RTG: Zii Jia satu-satunya atlet tidak guna kepakaran ISN

ISN bagaimanapun sedia membantu Zii Jia sekiranya beliau memerlukan khidmat sokongan,  bertepatan dengan semangat RTG untuk bantu atlet

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia muncul satu-satunya atlet dalam program “Road To Gold” (RTG) yang belum menagih bantuan khidmat sokongan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata ini kerana Zii Jia mempunyai pasukan sokongan sendiri yang membantunya dalam mana-mana kejohanan disertai.

“Bagaimanapun, kami sedia membantu Zii Jia sekiranya beliau memerlukan khidmat sokongan,  bertepatan dengan semangat RTG untuk bantu atlet.

“Kita sentiasa tawarkan (khidmat sokongan), cuma beritahu dan kita akan aturkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis “ISN Inspire 2023” dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di sini hari ini.

Ahmad Faedzal berkata mereka sememangnya berhubung dengan Pengarah Kejurulatihan Team LZJ Wong Tat Meng sekiranya terdapat keperluan bagi pihak pemain nombor 13 dunia itu mendapatkan bantuan sokongan ISN.

Beliau berkata setakat ini, kesemua wakil profesional lain yang tersenarai dalam program RTG terdiri daripada beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta dua lagi beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menikmati bantuan dihulurkan ISN.

RTG merupakan program dilaksanakan bagi memburu emas sulung negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris.

ISN menawarkan khidmat sokongan seperti penganalisis prestasi, ahli fisioterapi dan tukang urut sukan kepada mana-mana atlet badminton termasuk di bawah Program Podium.

Ahmad Faedzal berkata 13 pegawai sokongan ISN didedikasikan di bawah program RTG, manakala 80 lagi pegawai berkhidmat bagi Program Podium.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah pegawai terlibat bagi kedua-dua program tersebut mungkin berubah bergantung kepada keperluan atlet.

Menurutnya sebarang perubahan juga akan dibuat dengan melaksanakan analisis bersama jurulatih, pegawai ISN dan atlet sendiri mengenai keperluan yang diminta. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related