◉ HEADLINES

Harimau Malaya kini ranking ke-134 dunia

Perkembangan positif itu susulan kejayaan Malaysia mengikat dua pasukan di kelompok 100 dunia iaitu Syria 2-2 dan China 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China, pada 6 dan 9 September lalu

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-134 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini. 

Menurut laman web www.fifa.com, skuad kendalian Kim Pan Gon mengumpul keseluruhan 1,094.90 mata untuk meningkat daripada posisi ke-136 dunia yang dihuni sejak 20 Julai lalu. 

Perkembangan positif itu susulan kejayaan Malaysia mengikat dua pasukan di kelompok 100 dunia iaitu Syria 2-2 dan China 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China, pada 6 dan 9 September lalu.

Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam aksi persahabatan tahun ini, selepas mencatat empat kemenangan dan satu seri sejak Mac lepas.

Skuad negara berada di kedudukan ke-24 dalam ranking negara Asia dan keempat dalam kalangan rantau Asia Tenggara di belakang Vietnam (93), Thailand (112) dan Filipina (132).

Jepun, yang menghuni tangga ke-19 dunia, muncul pasukan teratas Asia manakala Iran (21) dan Korea Selatan (26) berada di tangga kedua dan ketiga benua itu.

Sementara itu, juara Piala Dunia 2022, Argentina kekal sebagai pasukan nombor satu dunia diikuti Perancis di tempat kedua, Brazil (ketiga), England (keempat) dan Belgium melengkapkan pasukan lima teratas dalam ranking FIFA. 

Harimau Malaya seterusnya akan membuat penampilan di pentas Pestabola Merdeka 2023 bersama India, Tajikistan dan Palestin dari 13 hingga 17 Okt ini sebelum memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 pada November dan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan. – 21 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related