◉ HEADLINES

Mohd Qabil pahat sejarah hadiahkan emas sulung Malaysia dalam ekuestrian

Mohd Qabil yang kembali bersama dengan kudanya Rosenstolz cemerlang mengumpul keseluruhan 75.780 mata untuk meraih emas pertamanya di pentas Sukan Asia

7:23 PM MYT

 

HANGZHOU – Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil mencipta sejarah membanggakan apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam sukan ekuestrian selepas mengungguli acara dressage individu di Sukan Asia Hangzhou 2022 hari ini.

Pada saingan di Pusat Ekuestrian Tonglu, Mohd Qabil yang kembali bersama dengan kudanya Rosenstolz cemerlang mengumpul keseluruhan 75.780 mata untuk meraih emas pertamanya di pentas Sukan Asia.

Mohd Qabil menewaskan juara bertahan Jacqueline Siu dari Hong Kong yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas meraih 73.450 mata manakala Anush Agarwalla dari India membawa pulang pingat gangsa selepas mengumpul 73.030 mata.

Sebagai rekod, Mohd Qabil meraih perak pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia selepas mengumpul dua gangsa masing-masing pada edisi 2010 di Guangzhou, China dan edisi 2006 di Doha, Qatar dalam acara sama.

Emas dimenangi Mohd Qabil adalah emas kedua kontinjen negara selepas atlet pelayaran wanita Nur Shazrin Mohamad Latif mencuri tumpuan dalam acara ILCA 6, semalam. – 28 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related