◉ HEADLINES

Selangor layak ke Piala AFC musim depan

Kemenangan 1-0 ke atas Kedah mengesahkan kedudukan mereka selaku naib juara Liga Super

8:31 AM MYT

 

ALOR SETAR – Selangor FC dinobatkan sebagai naib juara Liga Super 2023 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Status naib juara Liga Super itu sekali gus melayakkan anak-anak buah Tan Cheng Hoe untuk beraksi pada Piala AFC musim depan.

Kemenangan tipis itu membolehkan Red Giants menghuni tangga kedua dengan 58 mata sebelum pertembungan terakhir liga menentang PDRM FC pada 17 Disember ini.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan saling melakukan serangan ke kubu lawan, namun tiada jaringan dihasilkan pada babak pertama permainan.

Kapten Selangor, Brendan Gan (depan) dan pemain sayap, Faisal Halim meraikan kemenangan Selangor di Alor Setar malam tadi – Gambar Selangor FC, 3 Disember, 2023

Bersambung babak kedua, corak permainan Kedah dilihat serba tidak menjadi, manakala Selangor lebih menguasai permainan dengan melakukan beberapa hantar pendek dan berbahaya ke kubu Kedah.

Hasilnya, Red Giants berjaya mendapat gol yang dicari menerusi pemain import dari Colombia, Ayron Del Valle pada minit ke-64.

Gol tersebut terhasil menerusi kuisan cantik bola lintang daripada Brendan Gan yang disambar Ayron dan menewaskan penjaga gol Kedah, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah yang dibimbing Nafuzi Zain kembali mengatur serangan, namun keampuhan pertahanan Selangor berjaya mematahkan serangan Kedah.

Selangor berjaya mempertahankan satu jaringan yang dimiliki hingga tamat perlawanan, sekali gus mengesahkan tempat untuk beraksi di Piala AFC musim depan. – 3 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related