◉ HEADLINES

Giliran Bertrand-Enrique terlepas tiket ke Olimpik Paris 2024

Kegagalan gandingan itu bermakna setakat ini Bertrand menjadi wakil tunggal Malaysia layak ke Olimpik 2024 dalam saingan 10m platform individu

11:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peminat sukan tanah air terus dikecewakan apabila kali ini gandingan Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold pula gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Gandingan Bertrand dan Enrique sekadar menduduki tangga kesembilan daripada 22 pesaing dalam final acara 10 meter (m) platform seirama lelaki pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar setelah mengumpul 355.71 mata secara keseluruhan semalam.

Mereka perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik untuk meraih tiket ke temasya berprestij empat tahun sekali itu.

Emas dimenangi penerjun China, Junjie Lian-Hao Yan yang merekodkan 470.76 mata, diikuti Thomas Daley-Noah Williams dari Great Britain dengan 422.37 mata, manakala gangsa milik penerjun Ukraine, Oleksii Sereda-Kirill Boliukh (406.47 mata).

Keputusan itu menyaksikan Malaysia masih kempunan kilauan pingat di Doha, malah tiada tambahan wakil negara berjaya menempah slot Olimpik.

Setakat ini, Bertrand menjadi penerjun tunggal negara layak ke Olimpik Paris menerusi saingan 10m platform individu selepas meraih tiket pada Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun, Julai tahun lalu. – 9 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related