◉ HEADLINES

Liverpool tawar kontrak 3 tahun kepada Amorim untuk ganti Klopp?

Jurulatih dari Portugal itu mempunyai klausa perlepasan bernilai 20 juta euro (RM103 juta) jika mahu meninggalkan Sporting Lisbon

12:34 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Ruben Amorim dilaporkan semakin hampir untuk menggantikan Jurgen Klopp selepas pengurusan Liverpool mengadakan pertemuan dengan ejen pengurus Sporting Lisbon tersebut.

Wartawan bola sepak Portugal, Pedro Sepulveda mendedahkan, Amorim, 39, yang kini membimbing Sporting mengungguli Liga Portugal dengan empat mata mengatasi Benfica ditawarkan kontrak tiga tahun.

Katanya, Amorim dan Liverpool kini sedang menyelesaikan butiran akhir walaupun Reds belum memulakan rundingan dengan Sporting untuk melepaskan jurulatih tersebut.

“Liverpool telah menawarkan kontrak tiga musim kepada Ruben Amorim. Butiran kewangan hampir pasti dipersetujui, rundingan sangat positif untuk Amorim menjadi pengurus Liverpool yang seterusnya.

“Pertemuan antara Liverpool dan ejen Ruben Amorim diadakan Isnin lalu bagi membincangkan butiran akhir,” kata Sepulveda dalam X.

Media sebelum ini melaporkan, Amorim mempunyai klausa perlepasan bernilai 20 juta euro (RM103 juta) jika terdapat kelab luar Portugal yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Menurut sumber di Portugal, Liverpool sudah menghantar pemantau ke beberapa perlawanan Sporting termasuk dalam aksi menentang Benfica, bulan lalu.

Amorim yang menyertai Sporting pada Mac 2020 memegang rekod kemenangan 70.1% selepas mengendalikan sekitar 221 perlawanan.

Reds melihat dia sebagai jurulatih paling sesuai untuk menggantikan Klopp, apatah lagi Amorim bernaung di bawah ejen yang sama dengan bintang penyerang mereka, Luis Diaz.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan, Amorim yang merupakan bekas pemain tengah enggan mengulas panjang.

“Tidak, saya tidak boleh memberi jaminan. Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak tentang masa depandan saya enggan berhujah atau memberi tekanan kepada Sporting, saya banyak berhutang budi dengan kelab,” katanya yang dipetik oleh Daily Mail.

Daily Mail pada Jumaat lalu turut melaporkan, Amorim mengakui, dia bersedia mempertimbangkan tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris, dengan beberapa pasukan dikatakan sedang memerhatikannya. – 9 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related