◉ HEADLINES

Piala Dunia Sepak Takraw: Beregu negara akan berentap dengan seteru utama Thailand di final esok

Pertarungan malam ini menyaksikan ulangan separuh akhir Sukan SEA Kemboja di mana beregu negara turut menewaskan Myanmar

11:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Beregu negara menepati ramalan ke final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa malam ini selepas menewaskan Myanmar 2-0.

Pertarungan malam ini menyaksikan ulangan separuh akhir Sukan SEA Kemboja di mana beregu negara turut menewaskan negara berkenaan.

Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin unggul di set pertama dengan menang tanpa menghadapi masalah 15-10 namun pada set kedua, gandingan Min Oo Zin dan Wunna Zaw Shein bangkit memberi saingan sengit.

Kebangkitan mereka dipacu oleh kemasukan apit kanan Paing Oo Yan yang mengantikan Zaw Shein.

Rejaman tajam dan hadangannya kemasnya membawa Myanmar mendahului di penghujung set kedua namun rezeki berada di pihak beregu negara selepas Oo Yan melakukan kesilapan di mata terakhir dan memberikan kemenangan 17-16 dalam tempoh sejam pertarungan.

“Ini (mara ke pentas akhir Piala Dunia) adalah salah satu pencapaian terbaik dalam karier saya untuk kategori beregu.

“Saya tak sepatutnya tap bola terakhir tadi dan benda dah tertulis buat apa pun kalau dah rezeki (tetap akan dapat),” kata Noraizat.

Beregu negara akan bertemu dengan seteru utama Thailand dalam aksi final esok selepas skuad Gajah Perang itu menumpaskan pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja tahun lepas iaitu Indonesia 15-8, 15-13 dalam satu lagi aksi separuh akhir. — 21 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related