◉ HEADLINES

Skuad negara buka aksi berpasukan dengan kemenangan mudah

Skuad negara sudah kembali fokus selepas melakar sejarah dengan menjadi juara dunia berganda semalam

6:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kurang 24 jam muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw, skuad beregu negara kembali ke gelanggang Stadium Titiwangsa dalam acara berpasukan, dengan mencatatkan kejayaan.

Dalam aksi Kumpulan C menentang Brunei yang dilatih bekas jurulatih negara, Abd Talib Ahmad, trio takraw negara, memastikan kemenangan mutlak 3-0 dikecapi.

23052024-Malaysia-vs-Brunei-di-perlawanan-Istaf-Sepaktakraw-World-Cup-Kuala-Lumpur-2024-ALIF-OMAR-13
Beregu pertama dibarisi Haziq Hairul Nizam (tekong), Amirul Zazwan Amir (apit kiri) dan Baihakki Aripin (apit kanan) mudah menumpaskan Brunei 15-11, 15-7. – Gambar Alif Omar/Scoop, 23 Mei, 2024

Beregu pertama dibarisi Haziq Hairul Nizam yang bermain di posisi tekong, Amirul Zazwan Amir (apit kiri) dan Baihakki Aripin (apit kanan) mudah menumpaskan beregu pertama Brunei 15-11, 15-7.

Manakala, Zaim Razali (apit kiri), Shahalril Aiman Halim (apit kanan) dan Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong) yang diturunkan selaku regu kedua tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan 15-7, 15-9.

Pasukan beregu terakhir negara Zuhri Zain (tekong), Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) pula melengkapkan kemenangan mudah dengan markah 15-6, 15-5.

Shahalril berkata, skuad negara sudah kembali fokus selepas melakar sejarah dengan menjadi juara dunia berganda semalam.

“Semua player (pemain) dah dipesan Datuk Sumali Reduan, jangan terlalu leka dengan kemenangan semalam sebab ada target (sasaran) untuk acara berpasukan ini. Kami mahu piala acara berpasukan ini kekal di Malaysia.

“Seterusnya fokus kami beralih kepada menentang Jepun esok. Kami tidak ambil mudah lawan yang akan didepani sebab apa pun boleh jadi,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan dengan Brunei, Shahalril berkata, pemain negara itu bukan lawan mudah dan semua pemain Malaysia perlu memberikan komitmen 100 peratus.

Libasan kemenangan dari skuad beregu kedua negara dibarisi Zaim Razali (apit kiri), Shahalril Aiman Halim (apit kanan) dan Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong). – Gambar Alif Omar/Scoop, 23 Mei, 2024

Katanya, percaturan ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun pada perlawanan itu adalah untuk menurunkan pemain tidak bermain pada dua aksi final semalam.

“Percaturan beregu dan pemain mana diturunkan hanya ditentukan jurulatih, apabila diberikan peluang beraksi kami akan buat sehabis baik.

“Tapi untuk perlawanan pertama ini, jurulatih menurunkan semua player untuk mencari rentak permainan dahulu,” tambahnya.

Terdahulu, dalam aksi Kumpulan B, India menjadi ‘mangsa’ Thailand selepas dibelasah skuad Gajah Perang itu 3-0.

Indonesia turut melakar kemenangan 3-0 ke atas Vietnam dalam aksi Kumpulan A. – 23 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related