◉ HEADLINES

Tepati ramalan, Malaysia tempah slot suku akhir bertemu India

Kata Ketua Jurulatih, Ahmad Jais Baharun, barisan pemain akan sama untuk esok tetapi susunan regu akan dirombak

11:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seperti dijangka, Malaysia mudah menundukkan Jepun 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan C acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mengesahkan slot ke suku akhir bertemu India esok.

Sebelum itu, regu pertama negara diwakili oleh Amirul Zazwan Amir, Haziq Hairul Nizam dan Noraizat Nordin gugup seketika di set pertama sebelum menyingkirkan cabaran Ikki Mito, Daishi Tamaki dan Yota Ichikawa 15-13, 15-4.

Kemudian tiba giliran Farhan Adam, Syahir Rosdi dan Azlan Alias mencatat mata kedua kem negara apabila berjaya menundukkan Ryota Haruhara, Wataru Narawa dan Toshitaka Naito 15-5, 15-5.

Walaupun regu pertama gugup seketika di set pertama, mereka masih mampu menyingkirkan cabaran Jepun 15-13, 15-4 – Alif Omar/Scoop, 24 Mei, 2024

Aidil Aiman Azwawi, Zarif Marican Ibrahim dan Shahalril Aiman Halim sekadar melengkapkan kemenangan mutlak skuad negara dengan menewaskan Kento Nakamura, Masaki Sasamoto dan Yuki Sato 15-5, 15-7.

Ketua Jurulatih, Ahmad Jais Baharun bagaimanapun kurang berpuas hati dengan persembahan regu pertama negara dan mengharapkan mereka memperbaiki prestasi di peringkat suku akhir esok.

“Persembahan dan prestasi regu pertama agak statik, jadi kita harap mereka dapat memperbaiki prestasi untuk perlawanan peringkat kalah mati.

“Barisan pemain yang kita susun itu adalah regu memang kita padankan dari peringkat latihan. Jadi kita harapkan barisan pemain lebih bersiap sedia untuk perlawanan suku akhir.

“(Menentang India) Barisan pemain akan sama tapi dari susunan regu kita akan buat rombakan,” katanya.

Malaysia akan turun menentang India pada jam 12 tengah hari esok. — 24 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related