Shafie berkata kekuatan Malaysia bukan hanya terletak pada angka atau majoriti mudah di Parlimen semata-mata sebaliknya adalah pada penghormatan terhadap hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia
Kejayaan menyelesaikan 11 tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dengan tujuh daripadanya dimuktamadkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan keseriusan kerajaan Persekutuan menunaikan komitmen dalam perjanjian tersebut.