◉ HEADLINES

‘Saya akan menang kes mahkamah, jadi tak ada PRK’ – Sanusi

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan, iaitu mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan

4:06 PM MYT

 

SIK – Menteri Besar sementara Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin beliau akan memenangi kes mahkamahnya berhubung pertuduhan menghasut, sekali gus menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan.

“Saya akan menang kes mahkamah saya, jadi tak (akan) ada PRK,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu Beris Jaya di sini, hari ini.

Terdahulu, pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Jeneri menyaksikan pertembungan satu lawan satu membabitkan Sanusi yang juga penyandang kerusi itu mewakili Perikatan Nasional (PN) dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

Pada 18 Julai lalu, Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Selayang atas dua pertuduhan menghasut.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan, iaitu mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politik minggu sebelumnya.

Pemimpin itu juga dituduh melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai popularitinya yang semakin meningkat sehingga ada pihak mencadangkan beliau menjadi Presiden PAS pada masa depan, Sanusi berkata, beliau tidak melihat jawatan itu menjadi sasarannya.

“(Jadi) Presiden PAS tidaklah, kena ulama atau ustaz, saya setakat ini saja.

“Saya tau keupayaan saya, nak jadi pemimpin PAS dengan nak jadi calon pilihan raya dan menang, kriteria lain tak sama.

“PAS ini dia unik, parti jemaah Islam, parti dakwah dan kebajikan, dia ada kriteria khusus untuk menjaga keaslian PAS, untuk menjadi calon, menang siapa pun boleh jadi calon, itu beza dia,” katanya. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related