◉ HEADLINES

Peja kecewa peratusan mengundi rendah, harap PN tawan lebih kerusi

Beliau zahir kebimbangan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, kemungkinan dimenangi PH dan BN

10:05 PM MYT

 

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kecewa apabila peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri rendah.

Katanya, perkara itu diharapkan mampu memberikan ‘keajaiban’ kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mencapai kemenangan di lebih banyak kerusi yang ditandingi.

“Banyak lagi keputusan sedang kita nantikan, kita kecewa dengan keputusan keluar mengundi yang begitu rendah, tapi kita masih berharap dan kita perlu berdoa,” katanya ketika ditemui media di Hotel Concorde di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Faizal meyakini bahawa Kelantan, Terengganu dan Kedah kekal milik PN.

Namun, beliau yang juga Pengerusi PN Negeri Sembilan, menzahirkan kebimbangan bahawa Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, kemungkinan dimenangi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Kita berharap akan dapat keputusan baik di Terengganu, Kelantan dan Kedah, kita gembira kerana sudah ada sebahagian calon kita sudah berjaya (menang tanpa rasmi).

“Ini termasuklah di kerusi yang sebelum ini mempunyai masalah, cuma kita (ketika ini) fokus keputusan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related