◉ HEADLINES

Nahas Elmina: Pemandu e-hailing batalkan tempahan pelanggan sebelum tragedi

Ujian DNA perlu dijalankan untuk mengesahkan sama ada ada mangsa tambahan atau tidak

12:25 PM MYT

 


SHAH ALAM — Siasatan yang dijalan mendapati pemandu kereta e-hailing yang terlibat dengan nahas pesawat ringan di Bandar Elmina, semalam, telah membatalkan tempahan pelanggan pada pukul 2 petang, iaitu sebelum kejadian berkenaan berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin berkata, polis juga mengesyaki hanya pemandu berkenaan berada di dalam kenderaan terbabit ketika nahas itu berlaku pada kira-kira 2.52 petang.

“Pemandu kereta sudah reject penumpang pada pukul 2 petang. (Jadi) kita syak dia seorang (di dalam kereta). Tapi bila buat ujian DNA baru kita tahu ada lebih (mangsa) atau tidak. Buat masa ini, kita anggap dia seorang sahaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian nahas pesawat ringan yang berlaku di Bandar Elmina, di Shah Alam, petang semalam, seramai 10 orang terkorban.

Lapan mangsa yang terkorban berada di dalam pesawat tersebut manakala dua lagi, ialah penunggang motosikal dan pemandu sebuah kereta yang sedang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related