◉ HEADLINES

Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet

3:50 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini, kata Setiausaha Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Mazlan Abd Mutalib.

Mazlan yang juga Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berkata capaian Internet yang baik merupakan elemen penting dalam penganjuran acara penting kalendar negara bagi memastikan kelancaran kerja petugas.

“Kita tak nak kerja-kerja petugas terganggu sebab Internet ada masalah. Talian Internet merupakan satu perkara yang sangat penting,” katanya kepada Bernama selepas meninjau persiapan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata difahamkan beberapa syarikat telco telah mula memasang pemancar telemomunikasi di lokasi yang telah ditetapkan di Dataran Putrajaya dan sedang menguji kelajuan capaian rangkaian Internet masing-masing.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau keadaan bagi perkhidmatan Internet baik pada hari tersebut.

Dalam pada itu, Mazlan berkata beliau berpuas hati dengan tahap persiapan logistik dan teknikal yang kini mencapai kemajuan 90 peratus.

Bagi para pengunjung pada 31 Ogos, Mazlan berkata terdapat perkhidmatan bas percuma, parkir percuma, 100 tandas mudah alih dan 4,000 tempat duduk bertingkat  disediakan, selain terdapat lebih 100 gerai di sekitar Dataran Putrajaya untuk kemudahan pengunjung membeli makanan dan minuman.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” manakala logo Malaysia Madani diangkat sebagai logo rasmi sambutan.

Ini kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya. Sebelum ini, Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related