◉ HEADLINES

Polis ambil sampel di rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota polis berpakaian preman tiba sekitar pukul 4.20 petang dengan membawa satu kotak berwarna hitam memasuki blok di tingkat dua Apartment Idaman

9:52 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pasukan Unit Forensik Kontinjen Selangor hadir di kediaman kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, untuk mengambil sampel bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Pasukan itu bersama tiga anggota polis berpakaian preman dilihat tiba sekitar pukul 4.20 petang dengan membawa satu kotak berwarna hitam memasuki blok kediaman Zayn Rayyan di tingkat dua apartment tersebut.

Sebelum itu, ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf, juga dilihat sampai di kawasan apartment berkenaan sebelum bersama pasukan polis memasuki kediaman mereka.

Selepas hampir 45 minit berada di dalam rumah keluarga itu, tiga anggota polis yang tidak beruniform itu dilihat keluar daripada blok kediaman itu dengan dua orang daripadanya membawa empat beg kertas berwarna coklat dipercayai mengandungi sampel tersebut, manakala pasukan forensik pula membawa sebuah kotak berwarna hitam.

Pasukan forensik meninggalkan kawasan berkenaan pada pukul 5 petang dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda manakala tiga anggota polis itu turut meninggalkan tempat itu sejurus kemudian dengan kenderaan berasingan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya mengambil sampel dari kediaman keluarga Zayn Rayyan, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan pihaknya telah mengambil keterangan 28 lagi individu hari ini bagi membantu siasatan kes itu, menjadikan keseluruhan 48 individu telah dirakam percakapan setakat ini.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia dekat aliran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamannya. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related