◉ HEADLINES

‘Saya rasa penat’ – Altimet nak cuti sehari selepas PRN

Altimet berkata demikian sewaktu ditemui di pusat mengundi SMK Seri Keramat pagi tadi

11:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Saya rasa letih dan penat”. Itu jawapan calon PH DUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahmah atau Altimet sewaktu ditanya tentang perasaannya usai proses pengundian di pusat mengundi SMK Seri Keramat.

“Biarpun kepenatan, tetapi saya tetap perlu jalankan tanggungjawab saya. Saya perlu keluarkan usaha dan keringat saya.

“Selepas pukul 6 (petang) hari ini, kita tawakal sahaja kepada Allah. Selesai PRN ini mungkin saya akan ambil cuti satu hari,” katanya.

Altimet antara pengundi terawal yang tiba di pusat mengundi di sini untuk menjalankan tanggungjawabnya sebelum meneruskan melawat pusat undian di kawasan Lembah Klang.

Pelantun lagu Amboi ini dicabar oleh calon dari Perikatan Nasional iaitu Sharifah Haslizah Syed Ariffin menerusi pertandingan satu lawan satu bagi merebut kerusi DUN Lembah Jaya. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related