◉ HEADLINES

PRK Pulai: Suhaizan tidak bimbang dibanding dengan Salahuddin kerana…

Menurutnya, apabila diberi mandat sebagai wakil rakyat, beliau akan meneruskan perjuangan legasi ditinggalkan Salahuddin untuk rakyat di Pulai

6:43 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat tidak bimbang jika pengundi di kawasan berkenaan membandingkan beliau dengan ‘gurunya’ Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Katanya, ia bukan satu isu berat sebaliknya percaya setiap pemimpin mempunyai kelebihan dan kualiti tersendiri.

“Saya tidak boleh menghalang orang membandingkan saya dengan tokoh seperti Salahuddin… saya dan guru saya mempunyai kelebihan masing-masing dan rakyat berhak membuat penilaian sendiri.

“Bagaimanapun, tanggungjawab dan misi saya adalah untuk memastikan legasi Rahmah dicetuskan Salahuddin akan diteruskan, selain ditambah baik untuk membantu rakyat, khususnya dalam kalangan B40,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Suhaizan berkata, walaupun kedengaran tanggungjawab itu agak berat, ia bukan satu tugasan asing kepadanya kerana sebelum ini Salahuddin kerap mengamanahkannya sebagai Setiausaha Politik beliau untuk menjaga kawasan Pulai.

Menurutnya, boleh dikatakan ketika itu hampir 70 peratus tugasannya adalah membabitkan kerja di Pulai berbanding di Putrajaya dan sejak dari awal, beliau dilibatkan dengan inisiatif Rahmah khususnya bagi rakyat di Pulai.

“Ini legasi ditinggalkan Salahuddin dan amanah bagi saya untuk meneruskan perjuangan ini untuk rakyat di Pulai, apabila diberi mandat menjadi wakil rakyat di sini,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan akan berkhidmat secara berhikmah dan tidak meminggirkan mana-mana lapisan masyarakat.

Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru pada PRK Parlimen Pulai menentang calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi itu, berikutan kematian Salahuddin pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 September, diikuti hari pengundian 9 September – 31 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

◉ Related