◉ HEADLINES

Kedangkalan ilmu sebabkan orang fitnah, cerca sesuka hati: PM

Beliau turut menegur bukan Islam yang kadang-kadang bersifat Islamophobia sedangkan modul berkenaan hanya untuk pelajar Islam

5:16 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasan bahawa Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi hanya untuk orang Islam dan dilaksanakan bagi membendung kedangkalan ilmu hingga ada yang boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati.

Menurut Perdana Menteri, kedangkalan ilmu menyebabkan orang memfitnah serta mencerca sesuka hati.

Beliau turut menegur bukan Islam yang kadang-kadang bersifat Islamophobia sedangkan modul berkenaan hanya untuk pelajar Islam.

”Tetapi apakah kita paksa bukan islam, tidak. Wajibkan (bukan Islam) baca.. tidak. 40 hadis untuk pelajar Islam. Mengapa kita kata begitu?. Kerana kita tengok kedangkalan ilmulah jadi masalah. Kerana kedangkalan ilmulah orang boleh fitnah, orang boleh cerca, orang boleh buat hukuman sesuka hati. Ini maksiat tapi tang rasuah tak sebut pulak.

“Tetapi kecaman terhadap rasuah tidak kuat. Aneh saya fikir. Ajaran pakai janggut lebih kuat dari ajaran menolak rasuah. Jadi saya tidak fikir pendekatan itu bijak.

“Maka caranya, bukan saya buat fatwa, bukan kepakaran saya, bukan kemahiran saya maka saya rujuk kepada hadis, majoriti ulama fikir hadis penting yang telah dikumpul oleh Imam Nawawi. itu sebagai contoh. Ini bagi saya pendekatan realisitik untuk lahirkan Ibnu Sina,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program  Temu Anwar yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, hari ini. Program berkenaan memberi peluang kepada anak muda untuk bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

Pada 19 Ogos lalu, KPM melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.

Ia akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah di bawah KPM tahun depan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau berharap supaya permulaannya berjalan dengan baik namun dengan syarat semua pihak bertenang.

“Saya harap permulaannya baik. Syaratnya tenanglah, soal kaum, agama jangan kita jadi masalah, perkotak katikkan. Baca sejarah, faham dan tahu sensitiviti,’’ ujarnya. – 3 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related