◉ HEADLINES

Pelepasan cukai pendapatan individu bagi caruman Skim Persaraan Swasta dilanjut hingga 2030

Perdana Menteri berkata, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP

6:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga tahun taksiran 2030.

Selain itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) juga sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi

“Iaitu sebahagian simpanan KWSP ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2025 di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP.

“Cadangan ini akan dilaksanakan secara berfasa.

“Kerajaan komited memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian
antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, surat cara penyerahhakkan polisi insurans hayat dan sijil takaful keluarga secara pemberian kasih sayang atau melalui pemegang amanah akan dikenakan duti setem pada kadar berperingkat antara RM10 hingga RM1,000 berdasarkan nilai pindah milik. – 18 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related