◉ HEADLINES

Mahkamah Pilihan Raya: Waran tangkap terhadap Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu

5:19 PM MYT

 

MELAKA – Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua saksi termasuk Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu, Akmal Zahin Zainal Zahir kerana gagal hadir pada perbicaraan petisyen pilihan raya kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Selain Akmal Zahin, Hakim Datuk Abu Bakar Katar turut mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas setiausaha sulit Ahli Parlimen Majid Tanah,  Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Noor Hashimah Noordin kerana gagal hadir sebagai saksi.

Petisyen itu dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid, dalam usaha membatalkan kemenangan Mas Ermieyati, yang juga Ketua Bersatu Masjid Tanah, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Akmal Zahin diiarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan berkenaan dakwaan beliau memberi sogokan kepada pengundi semasa PRU15 di kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Mas Ermieyati, yang bertanding di bawah tiket PN-Bersatu memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,411 undi, dalam pertembungan empat penjuru menentang Abdul Hakim, Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (GTA-Pejuang).

Peguam Mohd Faizi Che Abu, yang mewakili Mas Ermieyati, yang dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu ketika dihubungi mengesahkan tindakan waran tangkap itu dikeluarkan. 

-“Mereka berdua adalah dalam senarai saksi kepada pempetisyen sendiri. Jadi mereka tidak memberi kerjasama kepada pempetisyen. Pempetisyen telah sapina dua saksi ini.

“Oleh itu pempetisyen sendiri yang memohon waran tangkap terhadap saksi sapina mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semasa perbicaraan, video Akmal Zahin memberikan sampul yang dipercayai mengandungi wang kepada pengundi dalam Parlimen Masjid Tanah telah dikemukakan ke mahkamah.

Mahkamah Pilihan Raya menetapkan  Isnin ini untuk kedua-dua saksi tersebut menghadiri prosiding itu. – 8 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related