◉ HEADLINES

PAS ‘duduk dalam gua’ tak nampak sumbangan Umno dalam pertahankan Islam

Cabaran yang dibuat oleh Afnan supaya Umno keluar dari Kerajaan Perpaduan juga menunjukkan Afnan sebagai ‘buta tuli’ kerana menutup mata terhadap perjuangan Umno, kata Gulam

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden umpama ‘duduk dalam gua’ langsung tidak melihat bagaimana pemimpin Umno di setiap peringkat mempertahankan kesucian Islam, kata Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muzaffar Gulam Mustakim.

Malah, katanya, cabaran yang dibuat oleh Afnan supaya Umno keluar dari Kerajaan Perpaduan juga menunjukkan Afnan sebagai ‘buta tuli’ kerana menutup mata terhadap perjuangan Umno semata-mata kerana ingin membidas parti itu.

‘Isu kalimah Allah di stokin, isu pemilihan PBT (pihak berkuasa tempatan), isu lantikan wakil bukan Islam di dalam Jawatankuasa Khas Undang-Undang Syariah da terbaru isu sijil halal yang dibantah keras oleh pemimpin Umno.

“Umno sentiasa tegas, berdiri lurus mempertahankan sekiranya DAP cuba bermain politik dengan menganggu gugat kedudukan empat perkara asas iaitu agenda Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan Raja-Raja yang dipersetujui sebelum menubuhkan kerajaan bersama komponen Pakatan Harapan (PH) pasca Pilihan Raya Umum Ke-15,’’ katanya ketika dihubungi Scoop.

Pada Khamis, Pemuda PAS mencabar Umno meninggalkan Kerajaan Perpaduan jika mereka serius mempertahankan kesucian agama Islam.

Afnan berkata Umno tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya sebagai ahli gabungan pemerintah terutama DAP, katanya pada sidang media selepas Muktamar Pemuda PAS di Temerloh, Pahang pada Khamis.

Gulam dalam pada itu turut mengingatkan Afnan bahawa PAS hanya tahu ‘berkokok’ dan pernah memuji perwatakan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng seakan Khalifah Umar Abdul Aziz pada satu ketika dahulu.

“Maaf, Umno bukan parti membabi buta menurut mana-mana kehendak komponen PH dan kehadiran Umno dalam kerajaan Perpaduan menunjukkan ia sebagai ‘the true guardian of Islam and Malay in Malaysia’.

“Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bijak menggunakan kuasa dan peranan politiknya di dalam kerajaan Perpaduan.

“Lihat sahaja peruntukan yang disalurkan sebanyak RM1.9 bilion tahun lepas untuk pembangunan hal ehwal Islam seperti Taska Kemas Pra Tahfiz, Industri Halal, TVET, ada DAP berani sanggah dan bantah?” katanya. – 14 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related