◉ HEADLINES

Polis dapatkan perintah reman terhadap pasangan tendang motosikal atas Jambatan Pulau pinang

Siasatan awal polis mendapati pasangan itu mempunyai dua rekod jenayah namun tidak berada dalam senarai ‘dikehendaki’

9:46 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini ke atas pasangan lelaki dan wanita yang dipercayai telah melemparkan pasir serta menendang pengguna motorsikal yang melalui Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Helmi Aris berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seberang Perai untuk mendapatkan tahan reman dan kes disiasat di bawah Seskyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Jalan Raya 1987.

Siasatan awal polis mendapati pasangan itu mempunyai dua rekod jenayah iaitu pada 2021 dan 2023, namun tidak berada dalam senarai ‘dikehendaki’.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan suspek lelaki iaitu seorang penunggang berusia 50-an dan pembonceng yang merupakan seorang wanita berusia 30-an,’’ katanya.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai klip video yang memaparkkan penunggang dan pembonceng motosikal yang menunggang dalam keadaan bahaya dan bertindak ganas terhadap penunggang motosikal yang lain.

Mereka dirakamkan membaling objek dipercayai pasir dan cuba menendang penunggang motosikal yang cuba memotong motosikal pasangan itu.

Keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan ramai kerana ia boleh menyebabkan kemalangan jalan raya selain membahayakan pengguna jalan raya yang lain. – 7 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related