◉ HEADLINES

Rakyat Malaysia, Nurul Ain dan suami Mohamed selamat dibawa keluar dari Gaza

Nurul Ain berjaya dibawa keluar pada 2.23 pagi waktu Malaysia, selepas terperangkap di Gaza sejak lebih sebulan lalu

2:28 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, 37 dan suami, Mohamed A.M. Shaat yang merupakan seorang rakyat Palestin, telah selamat dibawa keluar dari kawasan konflik Gaza melalui lintasan sempadan Rafah, pada 2.23 pagi tadi waktu Malaysia.

Kementerian Luar memaklumkan, tindakan evakuasi ini dapat dilaksanakan hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Mesir, Abdel Fattah al-Sisi semasa lawatan Anwar ke Mesir pada 23 Oktober lalu.

Ia juga hasil penyelarasan lanjut kedutaan Malaysia di Kaherah dan Amman.

“Sejurus Puan Nurul Ain dan suami tiba di Lintasan Sempadan Rafah, beliau telah dihubungi oleh YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) untuk bertanya khabar melalui panggilan video.

Nurul Ain Haron berbual melalui panggilan video bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir – Gambar Facebook Zambry Abd Kadir, 13 November, 2023

“Mereka telah dimudahcara oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah bersama pegawai-pegawai kedutaan yang lain.

“Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah juga sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mereka,’’ kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Nurul Ain dan suami menjejakkan kaki ke Gaza pada 1 Oktober lalu untuk bertemu dengan keluarga mertuanya selepas sembilan tahun tidak bertemu.

Menerusi akaun Facebooknya, Nurul Ain sentiada mengemas kini situasi di Gaza dan turut menghulurkan bantuan kepada penduduk Palestin.

Menerusi akaun Facebooknya, Nurul Ain sentiasa mengemas kini keadaan di Gaza dan turut menghulurkan bantuan kepada penduduk Palestin – Gambar Facebook Nurul Ain

Malah pada 31 Oktober lalu, Nurul memaklumkan birasnya (hubungan saudara antara dua orang yang berkahwin dengan adik-beradik) telah kehilangan 14 anggota keluarga sekali gus susulan pengeboman Zionis di Mawasi Khan Younis.

‘”Takziah kepada biras saya kehilangan 14 ahli keluarga sekali gus dan 3 lagi alhamdulillah selamat dan menjalani rawatan di hospital dalam pengeboman di Mawasi Khan Younis,’’ demikian tulisnya. – 13 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Banned Rodrigo Holgado eyes JDT move if FIFA suspension is overturned

Malaysian international Rodrigo Holgado could join Johor Darul Ta'zim (JDT) if the Court of Arbitration for Sport (CAS) rules in his favour, potentially ending his FIFA-imposed suspension and opening a new chapter in his professional career

◉ Related